3.21.2011

Kelas Jahitan Manik, Batu Dan Labuci

Mengetahui teknik asas sangat penting untuk kita lebih mahir & boleh mengaplikasikan apa saja corak sulaman yang diingini. Dengan adanya pengetahuan teknik asas, kita tidaklah bergantung pada satu atau dua corak sahaja walaupun corak tersebut merupakan pilihan terkini. Corak sulaman manik akan berubah dari masa ke semasa tetapi dengan adanya teknik asas kita tidak perlu bimbang untuk mencuba sesuatu yang lebih baru dan mencabar.


Teknik yang dipelajari adalah Sulaman Asas Manik Tabur, Sulaman Asas Manik Beriring dan Sulaman Asas Manik Piramid. Bertempat di bilik khas tetamu, JMM bermula pada 13, 20 dan 27 Ogos 2010 jam 12.15 tengah hari hingga jam 02.45 petang. Melalui pendekatan ini ianya bukan sahaja menjadikan seseorang individu itu kreatif, malah melahirkan pegawai dan kakitangan wanita yang berketerampilan dan anggun.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...