3.22.2011

Tahun Baru 2011 di Gunung Nuang

PENGENALAN
Gunung Nuang merupakan gunung tertinggi di Negeri Selangor iaitu 1493 meter / 4898 kaki dari aras laut. Terletak di daerah Hulu Langat, gunung ini antara yang menjadi pilihan para pendaki melakukan latihan pendakian disebabkan terdapat pelbagai laluan trek yang mencabar. Keindahan flora dan fauna di Hutan Lipur Gunung Nuang menjadi daya tarikan di samping air sungainya yang mengalir segar. Pemandangan Genting Highland dan kawasan Kuala Lumpur boleh dilihat dengan jelas jika cuaca baik.
Secara kebiasaannya, pendakian ke puncak memakan masa dari 8 hingga ke 9 jam. Namun begitu, bagi pendaki yang lebih gemarkan aktiviti santai, terdapat dua kem di sepanjang laluan ke puncak boleh didirikan tapak khemah. Kem tersebut ialah Kem Lolo dan Kem Pacat. Kedua-dua kem ini mempunyai sumber air yang membolehkan para pendaki mendirikan khemah sebelum meneruskan sesi pendakian pada hari berikutnya.


OBJEKTIF
Sehubungan dengan itu, bersempena tahun baru 2011, Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial (WARIS) Jabatan Muzium Malaysia (JMM) telah mengadakan satu program pendakian ke Gunung Nuang, Selangor pada 1 hingga 2 Januari 2011. Seramai 10 orang peserta dari JMM dan 8 orang dari pelbagai agensi lain turut serta menjayakan program tersebut. Sebuah pacuan 4 roda dan kenderaan Jabatan digunakan bagi tujuan membawa para peserta dan peralatan pendakian ke kaki gunung. Peserta JMM yang terlibat ialah :-


1. En.Khairul Nizam bin Mohd Aris ( Ketua )
2. En.Norhisham bin Ahmad
3. En.Yusri bin Jaafar
4. En.Ramazuan bin Mohd Salleh
5. En.Mohd Haziq bin Deraman
6. En.Mohd Syukri bin Zakaria
7. Cik Sharifah Lok Lok binti Syed Idrus
8. Cik Siti Rokiah binti Ibrahim
9. En.Zulkifli bin Abdul Rahman ( Pemandu )
10. En.Ludin bin Hassan ( Pemandu )


Program pendakian kali ini bertujuan memberi peluang kepada kakitangan JMM yang meminati aktiviti lasak meneruskan kesinambungan pendakian yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010 lalu. Di samping itu, ianya memupuk sifat bekerjasama dan membina semangat berpasukan serta setiakawan dalam mengharungi cabaran. Selain itu, ia juga merupakan salah satu aktiviti sihat dari segi mental dan fizikal. Hasil dari perkembangan ini diharap dapat diaplikasikan dalam menjalankan tugas seharian di pejabat kelak.


PERJALANAN
Hari Pertama
1 Januari 2011, 8.30 pagi, kesemua peserta berkumpul di perkarangan JMM bagi mendengar taklimat ringkas Ketua Program mengenai perjalanan dan pendakian yang akan diadakan. Segala peralatan, bahan makanan serta ubat-ubatan diperiksa agar semuanya mencukupi. Agihan barangan tersebut dibuat kepada semua peserta bagi memastikan ianya seimbang dibawa bersama. Dengan menaiki kenderaan Jabatan, perjalanan dimulakan terus ke daerah Hulu Langat, Selangor. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai di kaki gunung.


Konvoi peserta berhenti di Balai Polis Batu 9 untuk memberi salinan nama peserta yang mendaki gunung. Ini bertujuan untuk makluman pihak polis bagi bertindak sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Perjalanan diteruskan ke Hutan Rekreasi Gunung Nuang. Setibanya di kawasan tersebut, peserta dikehendaki membayar permit masuk sebanyak RM 1.00 seorang. Sejurus selepas itu, peserta membuat pemeriksaan terakhir bekalan dan peralatan, senaman ringan dan bacaan doa. Perjalanan dari pintu masuk ke Kem Lolo, tempat perkhemahan mengambil masa hampir 3 jam.


Hari Kedua
2 Januari 2011, 6.30 pagi, semua peserta bersiap sedia untuk menawan puncak Nuang. Perjalanan diteruskan dengan melalui pelbagai cabaran dan rintangan trek yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Terdapat juga pendaki lain yang melalui trek yang sama untuk sampai ke puncak. Pendakian ke puncak mengambil masa hampir 6 jam.


Pada jam 12 tengahari, kesemua peserta Berjaya menawan puncak Gunung Nuang 1493 meter dengan jayanya.




















3.21.2011

Karaoke “Golden Voice JMM”

PENDAHULUAN
‘Golden Voice JMM’ merupakan satu program ujibakat dalam seni suara yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kebudayaan anjuran WARIS sesi 2009/2010. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga JMM. Setiap unit/bahagian diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta untuk menyertai pertandingan ini. Pemilihan tajuk lagu adalah bebas.


OBJEKTIF/MATLAMAT
1. Memberi peluang dan mencungkil bakat seni suara di kalangan warga JMM
2. Menghidupkan kembali kegemilangan lagu-lagu klasik
3. Melahirkan bakat baru yang akan mewakili Jabatan dalam bidang persembahan seni suara


TEMPAT DAN TARIKH
Tempat: Pentas Terbuka Muzium Negara
Tarikh: 02 Julai 2010 (Jumaat)


MEKANISME PELAKSANAAN DAN JADUAL PROGRAM
3.00-3.15pm : Pendaftaran peserta
3.20pm : Pertandingan dimulakan
6.00pm : Keputusan pertandingan diumumkan/sesi penyampaian hadiah
6.30pm : Majlis selesai












Kejohanan Boling

Tarikh : 18 Disember 2010 (Sabtu)
Waktu : 10.00 pagi
Tempat : Megalane, Endah Parade, Sri Petaling


LATARBELAKANG KEJOHANAN
Sebanyak tujuh kumpulan telah dibentuk berdasarkan unit-unit atau bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Muzium Malaysia. Penentuan kumpulan ini dilakukan setelah mengambilkira penyertaan yang mesti memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan. Tujuh kumpulan tersebut ialah :


1. THE SIMPSON (Pengurusan, Penyelarasan, Latihan & Kewangan)
2. MASUK PARIT PUN X PE(MEDM, Sumber Maklumat & Pendaftaran)
3. BALING JE LA (Pengacaraan, Keselamatan & MAS)
4. LORD OF THE PINS (Muzium Negara, Penyelidikan & MSKOA)
5. MAGIC BALLS ( IT, Komunikasi Korporat & Konservasi)
6. TINSEL (Perkhidmatan Muzium, UPHB & Muzium Tekstil)
7. JMM WILAYAH (Utara, Selatan, Tengah, Timur & Labuan)


Walau bagaimanana pun kumpulan 7 telah menarik diri di saat-saat akhir pertandingan kerana tidak dapat memenuhi syarat yang telah ditetapkan.


FORMAT PERTANDINGAN
Setiap kumpulan mesti mempunyai lapan orang pemain yang terdiri empat peserta lelaki dan empat peserta wanita dimana sekurang-kurang nya seorang adalah dari pegawai gred 44 ke atas. Seramai 50 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang telah berlangsung dengan jayanya termasuk penglibatan YBhg Dato’ Ketua Pengarah JMM sendiri.


RUMUSAN
Kesimpulannya, sukan bowling ini merupakan sukan yang boleh disertai oleh semua golongan staff tanpa mengira pangkat dan umur. Kejohanan kali ini telah dapat menarik minat ramai penyertaan dan menonjolkan bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili Jabatan pada pertandingan-pertandingan di peringkat luar pada masa akan datang. Oleh yang sedemikian seharusnya pertandingan seperti ini dapat kerap diadakan Perbelanjaan yang besar dan masalah kewangan adalah faktor utama yang perlu di fikirkan sekiranya kita ingin melihat sukan ini berkembang dan popular di kalangan staf. Bantuan dan sokongan dari pihak Jabatan dan persatuan adalah sangat-sangat diharapkan.













Pertandingan Badminton Tertutup

Tarikh : 7- 8 Ogos 2010
Tempat : Perpustakaan Negara Malaysia


PENGENALAN
Pertandingan Badminton anjuran WARIS telah diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia selama 2 hari, iaitu bermula pada 7/12/2010 hingga 8/12/2010.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari pelapis baru yang berbakat bagi mewakili Jabatan Muzium Malaysia semasa pertandingan badminton pada Sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang akan diadakan di Negeri Sembilan Darul Khusus pada tahun 2011. Sebelum perlawanan diadakan pihak penganjur telah membuat undian untuk menentukan pasukan dan kumpulan yang diwakili oleh pemain. Setelah undian di buat pertandingan tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan B.


PEMBAHAGIAN KUMPULAN
Kumpulan A
Konservasi & Komunikasi
Muzium Alam Semulajadi
Muzium Negara
Pendaftaran


Kumpulan B
Pengurusan
Perkhidmatan Muzium, MSKOA, UPHB, Pengacaran
Sumber Media & Bahagian Teknologi Maklumat


Kumpulan VIP
Pengurusan JMM
Muzium Negara @ Muzium Teksti Negara


FORMAT PERTANDINGAN
Pada 7/12/2010 (Sabtu) pertandingan badminton anjuran WARIS bermula dengan format pertandingan diadakan secara liga. Setiap kumpulan perlu bermain sebanyak 3 kali perlawanan mengikut kumpulan yang telah pilih melalui undian untuk penetuan ke peringkat separuh akhir dan akhir. Pada 8/12/2010 (Ahad) perlawanan peringkat separuh akhir telah diadakan diantara kumpulan A yang diwaklili oleh Muzium Alam Semula Jadi (Gigas) dan Pendaftaran (ImationTeam) dgn kumpulan B yang diwakili oleh Sumber Media & Bahagian Teknologi Maklumat (Gegar) dan Perkhidmatan Muzium, MSKOA, UPHB dan Pengacaraan (Maintain Je).


SENARAI PEMENANG
Johan : Kumpulan Gegar
Naib Johan: Imation Team
Pertandingan akhir tamat pada pukul 2 petang. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi WARIS iaitu En. KamarulBahrin Bin A. Kasim kepada Johan dan dan Naib Johan serta juga saguhati kepada pasukan yang mendapat tempat ketiga.


KESIMPULAN
Melalui penganjuran pertandingan seumpama ini telah berjaya mengesan bakat-bakat baru yang boleh diserapkan ke dalam pasukan JMM.














Redah Gunung Tapis

Tarikh : 24-26 September 2010
Tempat : Gunung Tapis, Sungai Lembing Kuantan Pahang


PENGENALAN
Gunung Tapis yang terletak di 16km dari Bandar Sungai Lembing, Pahang, mempunyai ketinggian setinggi 1,512 meter (4,960 kaki). Ia mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Program Redah Gunung Tapis ini merupakan kesinambungan daripada program mendaki gunung yang pernah diadakan oleh WARIS. Namun begitu Redah Gunung Tapis lebih bersifat santai kerana tahap kesukaran pendakian pada tahap sederhana. Ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan dikalangan ahli WARIS.


PROGRAM
23 September 2010 (Khamis)
8.00mlm : Berkumpul di lobi JMM
9.00mlm : Bertolak ke Muzium Sg. Lembing
12.00mlm : Tiba di Muzium Sg. Lembing dan bermalam


24 September 2010 (Jumaat)
4.00pagi : Warm-up di bukit panorama
6.30pagi : Solat Subuh
8.00pagi : Sarapan
9.00pagi : Bertolak ke CP1/Kem1 dengan menaiki lori
10.00pagi : Bergerak ke CP2/Kem2
2.00ptg : Tiba di CP2/Kem2 untuk makan tengahari
3.00ptg : Bergerak ke CP3/Kem3
6.00ptg : Tiba di CP3/Kem3 (bermalam)
8.00mlm : Taklimat oleh guider/Aktiviti bebas/Solat/Tidur


25 September 2010 (Sabtu)
6.30pagi : Solat Subuh
7.30pagi : Sarapan/Bersiap**
9.00pagi : Mendaki ke Puncak Gunung Tapis
2.00ptg : Tiba di puncak Gunung Tapis/Sesi bergambar/Makan tengahari
3.00ptg : Turun ke CP3/Kem3
7.00 ptg : Tiba di CP3/Kem3 (bermalam)


26 September 2010 (Ahad)
6.30pagi : Solat Subuh
7.30pagi : Sarapan/Bersiap
9.00pagi : Bergerak ke CP1/Kem1
2.00ptg : Tiba di CP1/Kem1 untuk makan tengahari
3.00ptg : Bertolak ke Muzium Sg. Lembing menaiki lori
4.00ptg : Tiba di Muzium Sg. Lembing
5.00ptg : Bertolak pulang ke Kuala Lumpur


KESIMPULAN
Redah Gunung Tapis boleh dianggap sebagai pencetus minat kepada aktiviti mendaki gunung dikalangan ahli WARIS. Kesinambungan kepada program ini akan diteruskan pada tahun 2011 dengan menjanjikan cabaran alam semulajadi yang lebih hebat.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...