4.07.2012

Hari Keluarga JMM/WARIS 2012










Kursus Fotografi Kreatif Siri 2 (Artifact/Product Shoot)


Kursus Fotografi Kreatif Siri 2 ialah kesinambungan dari kursus siri 1 yang telah diadakan pada Julai 2010. Walaubagaimanapun kursus fotografi pada siri 2 ini lebih menjurus kepada “Artifak/Produk Shoot” yang meliputi tajuk-tajuk berikut:
• Pengendalian DSLR dan Lensa
• Pemahaman kepada aksesori DSLR
• Kemahiran exposure & mengfokus
• Depth of field & bokeh
• Panning dan motion blur
• Komposisi untuk foto kreatif
• Teknik asas flash dan cahaya
• Tatacara asas pengendalian artifak
• Teknik Asas mengambil foto artifak / produk
• Teknik mereka studio ringkas (DIY)

Penyertaan keseluruhan kursus pada kali ini adalah seramai 23 orang peserta yang terdiri dari 15 peserta dari Jabatan Muzium Malaysia dan 8 orang peserta dari Muzium Negeri dan IPT.Pihak urusetia telah mendapat maklum balas yang baik dari peserta bagi kursus kali ini kerana separuh dari peserta yang hadir pada kali ini kurang mempunyai pengetahuan asas berkaitan fotografi. Banyak persoalan dan pemasalahan telah dapat dirungkai dan dijawab dengan jelas oleh penceramah iaitu En. Mahazam Zainal.






Pertandingan Memancing “JOM NGAIL” 2011


Pertandingan memancing ‘JOM NGAIL’ telah diadakan pada 18 Disember 2011 bertempat di Kolam Sea Lion Pelabuhan Kelang. Aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti penutup bagi tahun 2011. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan ahli WARIS dan keluarga. Pertandingan ini juga turut menarik minat YBhg Dato’ Ibrahim Bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia untuk bersama menyertainya.





Latihan Kompang


Latihan kompang telah bermula sepanjang tahun 2011 iaitu setiap hari Selasa dan Khamis dari jam 1.00ptg – 2.00 petang bertempat di dataran Muzium Negara. Program ini telah berjaya mewujudkan kumpulan kompang Jabatan dan jumlah ahli adalah seramai 20 orang.






Kelas Gamelan


Latihan ini telah berlangsung selama 6 bulan iaitu bermula pada 1 Mac-31 Ogos 2011 dimana tenaga pengajar telah disediakan oleh pihak JKKN di bawah program Bimbingan Seni Budaya. Program ini telah mendapat sambutan daripada warga JMM dan telah berjaya  mewujudkan kumpulan gamelan Jabatan dan membuat persembahan diperingkat Jabatan. Jumlah ahli gamelan adalah seramai 16 orang.





Majlis Korban dan Akikah 2011


Dari segi bahasa, Qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala. Majlis ini diadakan pada 8 November 2011 (Selasa) bertempat di Perkarangan Pusat Konservasi dan Auditorium JMM. Anjuran ini adalah anjuran JMM dengan kerjasama WARIS. Majlis ini dimulakan dengan sembelihan Qurban dan aktiviti gotong-royong melapah dan membahagikan daging korban kepada staf dan pekerja. Sebahagian daging Qurban dan Akikah telah dimasak untuk dimakan beramai-ramai oleh staf dan pekerja. Tidak dilupakan di dalam majlis ini anak-anak yatim turut diraikan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim Ismail, Ketua Pengarah JMM.







Pertandingan Bowling Silaturahim 2011


Pertandingan Bowling Silaturahim telah diadakan pada 3 Disember 2011 bertempat di Megalane, Endah Parade, Sri Petaling. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga JMM. Kategori adalah secara berkumpulan seramai 4 orang (2 lelaki & 2 perempuan) dimana setiap kumpulan mesti diketuai oleh seorang pegawai kanan. Pemilihan setiap ahli kumpulan berdasarkan undian yang telah dibuat sebelum tarikh pertandingan. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan seramai 40 orang peserta. Pertandingan ini telah berjaya merapatkan silaturahim dikalangan warga JMM dan mencungkil bakat para pemain.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...