3.21.2011

Bengkel Asas Fotografi Sesi 1

PENDAHULUAN
Pembangunan modal insan menerusi penguasaan ilmu pengetahuan dan pemantapan kemahiran merupakan fokus JMM dalam usaha untuk melahirkan warga kerja yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Oleh yang demikian, dari semasa ke semasa WARIS akan cuba menawarkan latihan yang bersesuaian kepada ahli-ahlinya dengan mengambil kira minat dan kecenderungan ahli yang terdiri daripada pelbagai disiplin permuziuman. Kursus ini juga terbuka kepada masyarakat luar dalam usaha menanam minat berkaitan bidang permuziuman yang menjalankan kerja-kerja dokumentasi sebagai salah satu teras utamanya.


OBJEKTIF/MATLAMAT
1. Mempelajari penggunaan dan teknik menangkap gambar menggunakan kamera SLR dengan cara yang betul.
2. Mempelajari cara-cara mengedit gambar yang diambil di lapangan menerusi kursus Photoshop.
3. Bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai penggunaan kamera semasa dilapangan.


TEMPAT DAN TARIKH
Tarikh : 24 hingga 25 Julai 2010
Tempat : JMM, Kuala Lumpur


MEKANISME PELAKSANAAN DAN JADUAL PROGRAM
Bayaran RM50 untuk seorang peserta selama dua hari berkursus bagi ahli WARIS manakala RM70 bagi bukan ahli WARIS. Bengkel ini akan dikendalikan secara bersama oleh Biro Pendidikan dan Biro Penerbitan. Tenaga pengajar yang dijemput terdiri daripada jurufoto profesional dari Luar. Bengkel yang bersifat hands-on ini akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pengambilan foto pada hari pertama dan sesi editing pada hari kedua.


SESI 1
Tarikh: 24 Julai 2010 (Sabtu)
8.00 pagi : Pendaftaran peserta
Tempat: BILIK PERSIDANGAN, JMM
9.00 pagi : “Introduction to photography” oleh penceramah
10.00 pagi : Minum Pagi
10.30 pagi : “Digital SLR Camera” oleh penceramah
1.00 tengahari : Makan Tengahari dan Rehat
2.00 petang : Sesi Photo shoot LANDSCAP TASIK PERDANA.
Tempat: TAMAN TASIK PERDANA
4.00 petang : Ulasan dan perbincangan
4.30 petang : Minum petang


SESI 2
Tarikh: 25 Julai 2010 (Ahad)
Tempat: BILIK PERSIDANGAN, JMM
9.00 pagi : “Basic tool of Photoshop” oleh penceramah
10.00 pagi : Minum Pagi
11.00 pagi : “Technical manipulation on Photoshop” oleh penceramah
12.00 tengahari : “The art of photography” oleh penceramah
1.00 tengahari : Makan Tengahari dan Rehat
2.00 petang : Sesi Photo Editing
3.00 petang : Sesi pemilihan Foto terbaik
3.30 petang : Ucapan alu-aluan dan Penyerahan cenderamata
oleh Pengerusi WARIS
4.00 petang : Minum Petang


LAPORAN KESELURUHAN BENGKEL
Sesi 1:Hari Pertama Bengkel
Bengkel asas fotografi Siri 1 ini merupakan anjuran WARIS bersama unit latihan JMM. Seramai 25 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada 13 orang ahli WARIS dan peserta luar seramai 12 orang. Sesi pertama bengkel melibatkan pembelajaran teori di kelas, di mana para peserta kursus telah diberi pendedahan tentang penggunaan kamera DSLR yang melibatkan aplikasi setting ISO, shutter speed dan aperture. Pendedahan awal ini merupakan pra persediaan kepada projek kerja lapangan pada sebelah petang. Pada sesi ini juga para peserta berpeluang untuk berinteraksi sambil mengemukakan soalan kepada tenaga pengajar bagi memudahkan proses pemahamam berkenaaan penggunaan asas kamera DSLR. Sesi penerangan asas ini telah berlangsung di bilik persidangan JMM dan merupakan sesi pengenalan bengkel berkenaaan teori asas fotografi terbabit.


Sesi sebelah petang pula melibatkan tugasan pertama peserta kursus untuk mengaplikasikan teori pembelajaran di kelas pada kerja lapangan. Peserta kursus telah dibawa ke lapangan untuk diberi pendedahan awal dan penerangan berkenaan penggunaan kamera DSLR. Lokasi pilihan tugasan lapangan adalah Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Peserta kursus telah diberi tugasan individu photo shoot, di mana fokus tumpuan adalah kepada imej objek pada jarak dekat dan imej landskap.Tugasan yang memakan masa selama satu jam ini mengkehendaki para peserta bengkel mengambil gambar di sekitar Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Selepas selesai sesi photo shoot berkenaan, peserta bengkel kembali ke bilik persidangan bagi sesi perbincangan berkenaan hasil tugasan,di mana peserta dikehendaki menyerahkan dua keping gambar hasil kerja terbaik masing-masing kepada pihak urusetia bagi pemilihan gambar terbaik yang keputusannya akan diketahui pada hari terakhir bengkel. Sebelum sesi pertama bengkel tamat, pengajar turut mengajar teknik photo shoot objek di dalam kelas. Ini adalah untuk membiasakan peserta mahir dalam pemilihan komposisi objek yang bakal di ambil.


Sesi 2 : Hari Kedua Bengkel
Sesi pada hari kedua bengkel diadakan di bilik pesidangan JMM. Para peserta bengkel berpeluang mempelajari teknik terakhir dalam photo shoot iaitu editing gambar. Aplikasi Adobe Photoshop diguna secara langsung dalam proses editing gambar terbabit. Peserta turut diajar berkenaan teknik-teknik editing gambar secara asas mengguna aplikasi Adobe Photoshop tersebut. Aplikasi asas berkenaan basic tool dalam editing gambar yang diambil turut diajar selain asas editing yang melibatkan penggunaan filter, hue dan saturation, curve serta aplikasi asas yang lain. Selain itu peserta turut berpeluang mengemukakan pertanyaan kepada tenaga pengajar berkenaan teknik asas editing menggunakan perisian Adobe Photoshop semasa menyiapkan editing gambar masing-masing.Bengkel asas fotografi siri 1 ini diakhiri dengan keputusan pemilihan gambar terbaik oleh juri, gambar pilihan terbaik menjadi milik Puan Norsalfina bt Ariffin. Pada akhir sesi bengkel tersebut, para peserta turut menerima cenderamata yang disempurnakan penyampaiannya oleh pengerusi WARIS, En. Kamarul Bahrin bin A. Kassim.


PENILAIAN BENGKEL ASAS FOTOGRAFI SIRI 1
Melalui Borang Penilaian Kursus yang diedarkan, para peserta berpuas hati dengan modul Bengkel ini secara keseluruhanya. Para peserta juga turut menyarankan supaya bengkel seperti ini dilanjutkan lagi ke peringkat seterusnya. Pemilihan tenaga pengajar oleh pihak WARIS dalam mengendalikan bengkel ini juga mendapat tindakbalas positif dari peserta bengkel dengan majoriti berpuashati dengan keberkesanan perjalanan bengkel selama dua hari ini.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...