12.24.2010

Matlamat WARIS

  • Untuk merapatkan hubungan muhibah, menyatupadukan ahli WARIS serta menggalakkan dan melibatkan ahli WARIS dalam aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat; 
  • Untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli WARIS menerusi program kemajuan diri;
  • Untuk menganjurkan program memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti amal kebajikan dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan pihak berkenaan;
  • Untuk mengadakan program bagi mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan/kelab berdaftar yang lain demi memupuk semangat persefahaman.


Logo WARIS





LOGO WARIS bersimbolkan lima huruf kecil rumi iaitu “waris” dengan satu bulatan besar diatas perkataan, beserta dengan MOTTO yang melingkari bulatan. 


MOTTO WARIS yang ditulis diluar lingkungan bulatan iaitu “MENDUKUNG KESEJAHTERAAN ANDA“ melambangkan kebajikan dan kesejahteraan ahli yang aktif dan berdaya maju dalam menyumbang kepada kebulatan tekad untuk pemeliharaan ukhwah dikalangan ahli.



10. Faedah-Faedah Lain

Adalah menjadi hasrat WARIS untuk menjaga kebajikan dan emrancang aktiviti-aktiviti berfaedah samada dalam bentuk keilmuan, permuziuman dan sosial. Dalam usaha mengeratkan perpaduan, kerjasam dan bersama-sam menjaga imej jabatan, WARIS seterusnya berfungsi sebagai persatuan yang sentiasa terbuka pada cadangan dan komen-komen membina. Bantuan dan sumbangan lain akan diberikan dari masa ke semasa tertakluk kepada kewangan persatuan dan kelulusan jawatankuasa.





9. Pembayaran

Pembayaran sumbangan tertakluk kepada rekod pembayaran yuran ahli WARIS. Hanya ahli yang telah membayar yuran keahlian sahaja yang layak menerima bantuan dan sumbangan tersebut.





8. Tarikh Perlaksanaan


Bermula 1 April 2010


7. Pengecualian Bayaran Yuran


Ahli WARIS yang berjaya mendapatkan tajaan sumbangan dari pihak penaja melebihi RM200.00 diberi pengecualian bayaran yuran untuk 12 bulan dari tarikh sumbangan diterima. Sekiranya ahli WARIS telah membayar yuran selama setahun, maka yuran keahlian akan dikembalikan.





6. Bersara Wajib / Bersara


Ahli WARIS akan diberi cenderamata atau hadiah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa WARIS.

Permohonan hendaklah mengemukakan dokumen berikut 3 minggu sebelum tarikh persaraan:
- Mengisi borang permohonan
- Salinan surat kelulusan persaraan





5. Sakit


Ahli WARIS yang masuk wad selama tiga (3) hari berturut-turut layak menerima sumbangan sebanyak RM100.00. Bantuan akan diberi sekali dalam tempoh setahun.

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut:
- Mengisi borang permohonan
- Salinan sijil sakit yang disahkan oleh doktor



4. Kematian


a) Ahli WARIS
Keluarga terdekat (suami/isteri/anak) bagi Ahli WARIS yang meninggal dunia diberikan sumbangan sebanyak RM100.00. Kutipan derma kilat juga akan dilaksanakan dan semua kutipan akan diserahkan kepada keluarga si mati.

b) Keluarga Ahli
Kakitangan yang kematian Ahli keluarga (ibu/bapa) akan menerima sumbangan sebanyak RM80.00. Kutipan derma juga akan dilaksanakan dan semua kutipan akan diserahkan kepada Ahli WARIS.







3. Anugerah


Semua anak-anak WARIS yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan mendapat sumbangan seperti berikut:

PEPERIKSAAN
KEPUTUSAN
SUMBANGAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
5A
RM 50
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
8A
RM 80
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
8A
RM 80
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
4A/5A
RM 80

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut:
- Mengisi borang permohonan
- Salinan sijil peperiksaan yang telah disahkan




2. Kelahiran Cahayamata


Ahli Waris atau isteri yang mendapat cahaya mata (kelayakan 5 kali bersalin) layak menerima RM50.00 tunai bagi setiap kelahiran.

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut:
- Mengisi borang permohonan
- Salinan sijil kelahiran anak





1. Perkahwinan


Ahli Waris yang berkahwin (perkahwinan pertama sahaja) layak menerima sumbangan RM100.00 dalam bentuk wang tunai.

Sekiranya pasangan tersebut adalah di antara Ahli Waris maka sumbangan yang diberi adalah satu sumbangan sahaja iaitu RM100.00

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut:
- Mengisi borang permohonan
- Salinan kad perkahwinan

Keahlian Waris


Keahlian pertubuhan terbuka kepada Pegawai dan Kakitangan Jabatan Muzium Malaysia yang telah diterima dalam perkhidmatan tetap. Pekerja Sementara/Kontrak/Kader boleh juga diterima menjadi Ahli setelah ia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dengan Jabatan Muzium Malaysia.

Permohonan adalah dengan mengisi borang keahlian Ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.

Setiap permohonan yang diluluskan hendaklah membayar yuran keahlian dan yuran bulanan pertama seperti ditetapkan untuk diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai Ahli. Setiap Ahli adalah layak menerima sumbangan mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut:


1. Perkahwinan
2. Kelahiran Cahayamata
3. Anugerah
4. Kematian
5. Sakit
6. Bersara Wajib / Bersara
7. Pengecualian Bayaran Yuran
8. Tarikh Perlaksanaan
9. Pembayaran
7. Faedah-faedah Lain





Carta Organisasi WARIS 2010/2011


Penaung

Dato’ Ibrahim Bin Ismail


Pengerusi

Encik Kamarul Baharin Bin A. Kasim


Timbalan Pengerusi

Encik Mohd Jamil Bin Haron


Setiausaha

Raja Suriaty Binti Raja Ahmed


Timbalan Setiausaha

Puan Norzila Diana Mansor


Bendahari / Pengerusi Biro Ekonomi

Encik Zainal Bin Ariffin


Pengerusi Biro Sukan

Encik Mohd Razaimi Bin Hamat


Biro Kebajikan dan Agama

Encik Ismail Bin Hashim


Pengerusi Biro Kebudayaan

Cik Rohana Binti Husin


Pengerusi Penerbitan & Publisiti

Encik Mokhtar Bin Tamby Ahmad


Pengerusi Biro Pendidikan

Encik Syahrizul Amin Bin Ahmad


Pemeriksa Kira-Kira

Encik Ahmad Sabri Bin Mohamed Hashim

Puan Nur Suhada Binti Rahmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...