3.21.2011

Ekspedisi Trans Titiwangsa 2010

Pada 20 - 28 Februari 2010 yang lalu, Jabatan Muzium Malaysia dan Istana Budaya telah bekerjasama dalam menjayakan satu program pendakian yang dinamakan Trans Titiwangsa 2010. Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Korbu dan Gunung Yong Yap antara yang menjadi pilihan peserta bagi program ini. Seramai 19 peserta telah menyertai program ini. Jabatan Muzium Malaysia menghantar 7 peserta manakala Istana Budaya menghantar 12 peserta dengan diiringi 2 jurupandu. Disini dicoretkan peristiwa sepanjang perjalanan yang telah dilalui;


19 Februari 2010 ( 10.00am – 12.00am )
Peserta berkumpul di Istana Budaya, Kuala Lumpur - Bergerak ke Cameron Highland - Menaiki 4 x 4 untuk masuk kedalam hutan – Tiba di kebun sayur pada paras 1400m - Pasang khemah untuk bermalam.


20 Februari 2010 ( 7.00am – 9.00pm )
Peserta bersiap sedia sebelum masuk kedalam hutan – Cabaran bermula apabila melalui kawasan licin, berjalan melalui saluran paip-paip getah dan menyeberangi anak sungai kecil – Mendaki ke Bukit maxis sebelum meneruskan perjalanan – Berhenti di Kem Tudung Periuk untuk makan tengahari sebelum berhenti di Kem Kasut untuk bermalam.


21 Februari 2010 ( 7.00am – 1.00am )
Peserta bersiap sedia bagi menyambung pendakian ke puncak Yong Belar – Semua peserta berada dipuncak pada ketinggian 2171m – Perjalanan diteruskan ke Kem H20 – Perjalanan ke kem ini melalui Kem Tudung Periuk – Tiba di puncak dan berehat sebentar di Puncak H2O sambil menikmati ubi kentang panggang sebelum meneruskan perjalanan ke kem H20 – Tiba di kem H20


22 Februari 2010 ( 7.00am – 5.00pm )
Peserta bersiap sedia bagi menyambung perjalanan ke Kem Junction –
( ketinggian Gunung Junction 6796ft ) - Hujan lebat mengiringi perjalanan ke kem tersebut – Tiba di Kem Junction pada pukul 5.00pm


23 Februari 2010 ( 7.00am – 12.00am )
Peserta bersiap sedia bagi menyambung pendakian ke Gunung Gayong – Singgah di Kem Cerek untuk mengambil air minuman sebelum meneruskan perjalanan – Tiba di puncak Gunung Gayong pada ketinggian 2173ft – Sesi bergambar untuk kenangan dan makan-makan - Menyambung pendakian untuk ke Gunung Korbu pula pada ketinggian 7162ft - Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kem Junction yang mengambil masa kira-kira 8 jam – Berhenti di Kem Cerek sebentar untuk berehat dan makan malam – Menyambung perjalanan ke Kem Junction dan tiba dengan selamat.


24 Februari 2010 ( 7.00am – 12.00am )
Peserta memulakan perjalanan ke Kem D.G.U – Sepanjang perjalanan ke kem, peserta melalui banyak tempat antaranya Kem Lembah Agas, Kem Kacang, Puncak Bonsai Tengah dan Puncak View – Tiba di kem D.G.U


25 Februari 2010 ( 7.00am – 2.00am )
Destinasi pendakian pada hari ini pula ke Kem Lopak - Peserta memulakan perjalanan dan singgah di Kem Cerek untuk mengambil air minuman – Perjalanan melalui Puncak Bonsai Semak, Puncak Tok Nenek, dan Puncak Kayung - Pendakian mengambil masa kira-kira 10 – 12 jam sebelum tiba di kem Lopak dengan selamat.


26 Februari 2010 ( 7.00am – 10.00pm )
Peserta bersiap sedia sebelum memulakan pendakian ke Gunung Yong Yap - Tiba di Puncak Bubu dan berehat sebentar – Meneruskan perjalanan ke Gunung Yong Yap dan tiba di junction Yong Yap – Kem Sg Y – Meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Yong Yap yang mengambil masa selama 2 jam untuk naik dan turun dari puncak dari junction Yong Yap – Bergerak ke kem Sg Y untuk bermalam dan kumpulan terkahir tiba pada pukul 1.00am.


27 Februari 2010 ( 7.00am – 7.00pm )
Peserta bersiap sedia untuk memulakan perjalanan keluar dari hutan - Melalui perkampungan Orang Asli Pos Brooke yang mengambil masa kira-kira 8 jam – Tepat pukul 6.00 petang, peserta menaiki 4 x 4 untuk ke Tanah Rata.


KESIMPULAN
Sepanjang sesi pendakian selama 8 hari 7 malam, pelbagai jenis rintangan telah ditempuhi oleh para peserta. Laluan V2 sememangnya dianggap ‘hardcore’ bagi para pendaki kerana terpaksa merangkak dibawah celahan akar banir pokok, melalui permatang serta tebing yang curam, keadaan jalan yang becak serta berjalan diwaktu malam dalam hutan tebal dengan hanya berlampukan headlight. Semua ini memerlukan kecergasan fizikal dan kekuatan mental dalam menjayakan ekspidisi ini. Semangat kerjasama dan bertolak ansur wujud secara tidak langsung dalam kehidupan seharian di dalam hutan. Masak bersama, makan sepinggan, minum secawan, menjadi kebiasaan biasa peserta sepanjang ekspedisi ini berlansung. Tiada beza pangkat mahupun umur melainkan semua terpaksa melalui jalan yang sama setiap hari dan perkara paling penting adalah saling hormat menghormati rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah, segalanya dapat dicapai dalam masa 8 hari. Diharap perjuangan perintis ini dapat diteruskan oleh warga JMM yang lain dalam mewujudkan kesinambungan semangat cintakan alam disamping melahirkan kakitangan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...