3.21.2011

Joran Ria Waris JMM

Tarikh : 1 Ogos 2010
Tempat : Kolam Big Bos, Sungai Buloh
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang


PENGENALAN
Pertandingan memancing Joran Ria ini adalah anjuran Biro Sukan dan Rekreasi WARIS. Seramai 30 orang peserta menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada ahli WARIS dan jemputan luar. Joran Ria yang bermatlamatkan mengeratkan ukwah kekeluargaan ating ahli WARIS dan aktiviti riadah yang sihat.


Pertandingan Joran Ria ini mempertandingkan beberapa kategori yang terbuka kepada kategori wanita dan lelaki. Antara kategori yang dipertandingkan ialah kategori tangkapan terpantas, tangkapan terbnayak dan tangkapan terberat. Selain itu pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri kepada peserta yang bertuah. Pertandingan bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tenghari.


Para peserta dilepaskan dengan taklimat ringkas dari pihak urusetia dan penerangan tentang peraturan pertandingan, sesi terbabit di selenggarakan oleh En Razaimi bin Hamat , Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi WARIS. Pihak Penganjur telah menyediakan hadiah pertandingan yang terdiri daripada set joran, coleman, set mata kail dan hamper. Pihak Kepong Tackle Sdn Bhd telah sudi menaja hadiah pertandingan pada kali ini. Majoriti ikan yang berjaya dipancing oleh peserta ialah ikan Pacu dan Patin dan Rohu.


KATEGORI UTAMA YANG DIPERTANDINGKAN DAN PEMENANG
a) Kategori tangkapan Terpantas:
Pemenang : Anjali dari Istana Budaya
Masa dicatat : 9.18 Pagi
Berat Tangkapan : 450 gram
Jenis Ikan : Pacu


b) Kategori tangkapan Terbanyak:
Pemenang : Anjali dari Istana Budaya
Masa dicatat : 9.18 Pagi hingga 12.45 tgh
Jumlah Tangkapan : 6 ekor
Jenis Ikan : Pacu dan Patin


c) Kategori tangkapan Terberat:
Pemenang : Rostan Hakimi Samad, Muzium Automobil, Sepang
Masa dicatat : 9.18 Pagi hingga 12.45 tgh
Jumlah Berat : 5585 gram
Jenis Ikan : Patin


d) Hadiah Misteri
Terdapat beberapa kategori hadiah misteri yang diberikan kepada peserta oleh pihak urusetia sebagai tanda sokongan kepada para peserta yang terlibat. Pemilihan berdasarkan kategori yang dipersetujui oleh pihak urusetia sebagai tanda sumbangan dan sokongan kepada program joran ria.
Pemenang:
1. En. Kamarul Bahrin bin A. Kassim
2. Khairul Nizam Mohd
3. Zahirah M. Zain
4. Mohd Amin bin Mohd Rakib
5. Wan Zahari
6. Boy
7. Shafiq
8. Mohd Azahari
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Tn. Haji Zawawi bin Haji Itam Osman, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan.


ULASAN DAN CADANGAN
i. Penyertaan dan penglibatan lebih ramai pemancing pada program akan datang
ii. Mewujudkan lebih banyak kategori pemenang
iii. Meningkatkan promosi bagi mendapatkan lebih ramai peserta
iv. Mengadakan pertandingan memancing di peringkat KPKK
v. Mengadakan pertandingan memancing ikan air masin


KESIMPULAN
Pertandingan Joran Ria ini telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada peserta di kalangan ahli WARIS dan peserta jemputan. Biro Sukan Dan Rekreasi Waris akan terus komited menjayakan program seumpama ini bagi menggalakkan kegiatan riadah serta jalinan ukhwah dikalangan warga JMM. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada para penaja, peserta dan semua yang telah menjayakan pertandingan ini.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...