3.21.2011

Ceramah Kesihatan

Ceramah Kesihatan
Penjagaan Kesihatan Asas Dari Hujung Rambut Hingga ke Hujung Kaki
Tarikh : 02 Julai 2010
Masa : 9.30 pagi – 1.30 tegahari
Tempat : Bilik Persidangan, JMM


Dalam kesibukan seharian adakalanya kita alfa dengan tahap kesihatan kita. Justeru itu, Biro Pendidikan WARIS mengambil satu inisiatif menganjurkan satu ceramah kesihatan yang bertajuk “Penjagaan kesihatan asas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” yang telah diadakan dengan jayanya pada tarikh 2 Julai 2010 (Jumaat) bertempat di Bilik Persidangan, JMM.


Ceramah ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu, sesi pertama telah disempurnakan oleh Dr. Yasmeen Bt Hj Mohamed dijemput dari Alam Temurun Sdn Bhd yang membicarakan aspek-aspek yang berkaitan pemakanan sihat yang merangkumi cara pemilihan makanan, cara masakan dan makanan yang perlu dikurangkan dan dijauhi. Turut juga diselitkan beberapa petua-petua tradisional dalam penjagaan kesihatan yang telah diamalkan oleh masyarakat terdahulu.


Ceramah kedua pula telah disampaikan oleh Dr. Norshafiza Bt. Zakaria seorang Doktor dari sebuah klinik persendirian di Kuala Lumpur. Topik yang dibicarakan oleh Dr. Norshafiza ialah lebih tertumpu kepada tajuk “Kanser Servik” yang dikhaskan untuk kaum hawa. Dalam sesi ini pendedahan secara mendalam telah disampaikan oleh Dr.Norshafiza dari persoalan apa itu sel kanser, bagaimana ia wujud, bagaimana ia berkembang, bagaimana ia menyerang, golongan yang selalu diserang, sehinggalah cara-cara mengatasinya dan tips-tips bagaimana menjaga kesihatan agar sel-sel kanser tidak berkembang.


Ceramah ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari dan telah dihadiri oleh warga JMM seramai 78 orang. Pelbagai soalan berkaitan masalah kesihatan telah diutarakan dan dijawab oleh kedua-dua panel yang dijemput.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...