3.21.2011

Kejohanan Tertutup Futsal Jmm 2010

Tarikh : 3 – 4 April 2010
Tempat : Gelanggang Futsal JMM


PENGENALAN
Kejohanan ini diadakan dengan jayanya pada 3-4 april 2010 bertempat di gelanggang futsal JMM. Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian bagi kategori lelaki dan 4 pasukan dalam kategori wanita. Bagi kategori lelaki pembentukan pasukan dibuat oleh pihak urusetia sendiri dan bagi kategori wanita pula pembentukan pasukan dibuat sendiri oleh peserta-peserta. Pihak urusetia kejohanan ini amat bernasib baik kerana kejohanan ini mendapat sokongan penuh dari pihak WARIS dan pihak pengurusan tertinggi Jabatan Muzium Malaysia. Masalah utama iaitu kerosakan gelanggang futsal juga dapat diatasi dengan bantuan pihak pengurusan tertinggi Jabatan Muzium Malaysia. Perasmian bagi kejohanan ini telah disempurnakan oleh Ybhg Dato Ibrahim Ismail dan telah dihadiri oleh kakitangan-kakitangan Jabatan Muzium Malaysia.


FORMAT PERTANDINGAN
Kategori Lelaki
Bagi kategori ini, pihak urusetia telah membahagikan 10 pasukan yang telah mengambil bahagian ini kedalam dua kumpulan. Johan dan naib johan kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. Di peringkat separuh akhir, johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B, manakala Naib Johan kumpulan A pula akan berlawan dengan Johan kumpulan B.


Kategori Wanita
Bagi kategori ini ,format liga dijalankan memandangkan hanya empat pasukan yang mengambil bahagian.


PASUKAN-PASUKAN YANG MENYERTAI KEJOHANAN INI
Kategori Lelaki
Pasukan 1 – Muzium Alam Semulajadi (GIGAS UNITED)
Pasukan 2 – Bahagian Konservasi ( SEMUA SEKALI FC)
Pasukan 3 – Bahagian Keselamatan (LANCER KELABU )
Pasukan 4 – Gabungan Pej. Timbalan Ketua Pengarah,Bahagian Pembangunan dan Perpustakaan (LEETO FC)
Pasukan 5 – Gabungan JMM Wilayah
Pasukan 6 – Gabungan Bahagian Pengurusan,Bahagian,Bahagian Komunikasi Korporat (X-TREAM )
Pasukan 7 – Gabungan Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan
Bahagian Teknologi Maklumat,Bahagian Kewangan dan Unit Sumber Media.(LU FIKIRLAH SENDIRI..)
Pasukan 8 – Gabungan Bahagian Pekhidmatan Muzium, MEDM,Bahagian Penyelidikan Dan Muzium Diraja (POKER FC)
Pasukan 9 – Gabungan Muzium Negara, Muzium Tekstil dan MSKOA. (NIGHTMARE FC)
Pasukan 10 – Gabungan Bahagian Pendaftaran dan Unit Latihan (REDAH JER.)


Kategori Wanita
Pasukan 1 - Rama-Rama FC
Pasukan 2 - La Furia FC
Pasukan 3 - RedAntz FC
Pasukan 4 - Girls United


SENARAI PEMENANG
Kategori Lelaki
Johan : GIGAS UTD.
Naib Johan : Lu Fikirlah Sendiri
Ketiga : GABUNGAN JMM WILAYAH


Kategori Wanita
Johan : GIRLS UTD
Naib Johan : RED ANTZ FC
Ketiga : LA FURIA FC


Penjaring Terbanyak Lelaki: MOHD ANAS BIN ABDUL RAHMAN
Penjaring Terbanyak Wanita : ZURINA DAN ZILA


KESIMPULAN
Kejohanan Futsal Tertutup JMM merupakan platform terbaik bagi mengcungkil bakat serta menyediakan satu pasukan futsal JMM yang mempunyai pemain yang berbakat tinggi.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...