4.07.2012

XPDC Chamah-Ulu Sepat


Program EKspedisi Gunung Chamah-Gunung Ulu Sepat yang diadakan pada 31 Januari hingga 6 Februari 2011 merupakan kesinambungan daripada program mendaki anjuran WARIS. Pendakian yang bersifat ekstrem dan tahap kesukaran yang tinggi ini amat mencabar fizikal dan mental para peserta. Bagi memastikan kelancaran xpdc ini peserta adalah dipilih dikalangan ahli WARIS yang telah melengkapkan pendakian  gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan, Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Korbu dan Gunung Yong Yap. XPDC lasak ini bertujuan untuk meningkatkan jati diri dan motivasi di samping memupuk semangat setiakawan. Seramai 9 peserta telah terlibat dalam xpdc ini. Ternyata xpdc lasak sebegini telah memberikan satu suntikan semangat serta ketahanan diri yang tinggi kepada para peserta. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...