4.07.2012
Kursus Fotografi Kreatif Siri 2 (Artifact/Product Shoot)
Kursus
Fotografi Kreatif Siri 2 ialah kesinambungan dari kursus siri 1 yang telah
diadakan pada Julai 2010. Walaubagaimanapun kursus fotografi pada siri 2 ini
lebih menjurus kepada “Artifak/Produk Shoot” yang meliputi tajuk-tajuk berikut:
• Pengendalian DSLR
dan Lensa
• Pemahaman kepada
aksesori DSLR
• Kemahiran exposure
& mengfokus
• Depth of field
& bokeh
• Panning dan motion
blur
• Komposisi untuk
foto kreatif
• Teknik asas flash
dan cahaya
• Tatacara asas
pengendalian artifak
• Teknik Asas
mengambil foto artifak / produk
• Teknik mereka studio
ringkas (DIY)
Penyertaan
keseluruhan kursus pada kali ini adalah seramai 23 orang peserta yang terdiri
dari 15 peserta dari Jabatan Muzium Malaysia dan 8 orang peserta dari Muzium
Negeri dan IPT.Pihak urusetia telah mendapat maklum balas yang baik dari
peserta bagi kursus kali ini kerana separuh dari peserta yang hadir pada kali
ini kurang mempunyai pengetahuan asas berkaitan fotografi. Banyak persoalan dan
pemasalahan telah dapat dirungkai dan dijawab dengan jelas oleh penceramah
iaitu En. Mahazam Zainal.
Pertandingan Memancing “JOM NGAIL” 2011
Pertandingan
memancing ‘JOM NGAIL’ telah diadakan pada 18 Disember 2011 bertempat di Kolam
Sea Lion Pelabuhan Kelang. Aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti penutup bagi
tahun 2011. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan ahli
WARIS dan keluarga. Pertandingan ini juga turut menarik minat YBhg Dato’
Ibrahim Bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia untuk bersama
menyertainya.
Latihan Kompang
Latihan kompang telah
bermula sepanjang tahun 2011 iaitu setiap hari Selasa dan Khamis dari jam
1.00ptg – 2.00 petang bertempat di dataran Muzium Negara. Program ini telah
berjaya mewujudkan kumpulan kompang Jabatan dan jumlah ahli adalah seramai 20
orang.
Kelas Gamelan
Latihan ini telah
berlangsung selama 6 bulan iaitu bermula pada 1 Mac-31 Ogos 2011 dimana tenaga
pengajar telah disediakan oleh pihak JKKN di bawah program Bimbingan Seni
Budaya. Program ini telah mendapat sambutan daripada warga JMM dan telah
berjaya mewujudkan kumpulan
gamelan Jabatan dan membuat persembahan diperingkat Jabatan. Jumlah ahli
gamelan adalah seramai 16 orang.
Majlis Korban dan Akikah 2011
Dari segi bahasa,
Qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari
sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada
masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu
wata‘ala. Majlis ini diadakan pada 8 November 2011 (Selasa)
bertempat di Perkarangan Pusat Konservasi dan Auditorium JMM. Anjuran ini
adalah anjuran JMM dengan kerjasama WARIS. Majlis ini dimulakan dengan sembelihan Qurban dan aktiviti
gotong-royong melapah dan membahagikan daging korban kepada staf dan pekerja. Sebahagian
daging Qurban dan Akikah telah dimasak untuk dimakan beramai-ramai oleh staf
dan pekerja. Tidak dilupakan di dalam majlis ini anak-anak yatim turut
diraikan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim Ismail, Ketua
Pengarah JMM.
Pertandingan Bowling Silaturahim 2011
Pertandingan
Bowling Silaturahim telah diadakan pada 3 Disember 2011 bertempat di Megalane,
Endah Parade, Sri Petaling. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga
JMM. Kategori adalah secara berkumpulan seramai 4 orang (2 lelaki & 2
perempuan) dimana setiap kumpulan mesti diketuai oleh seorang pegawai kanan.
Pemilihan setiap ahli kumpulan berdasarkan undian yang telah dibuat sebelum
tarikh pertandingan. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang
melibatkan seramai 40 orang peserta. Pertandingan ini telah berjaya merapatkan
silaturahim dikalangan warga JMM dan mencungkil bakat para pemain.
XPDC Yakin Boleh Gunung Tahan Siri 4/2011
XPDC Yakin Boleh Gunung Tahan siri4/2011 merupakan
satu inisiatif untuk memupuk jati diri, motivasi serta semangat yakin boleh
kepada warga JMM. Program ini juga bersempena dengan sambutan berganda Hari
Raya Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan. Ekspedisi ini antara lain bertujuan
merapatkan silaturahim di antara peserta dan mengukuhkan semangat jati diri dan
integriti di kalangan peserta dan menghayati perjuangan semangat kemerdekaan .
Program ini telah berlangsung pada 30 September hingga 3 Oktober 2011 dan
melibatkan seramai 18 peserta. Ternyata kesemua peserta telah berjaya menawan
puncak Gunung Tahan dan mencapai objektif program ini.
Pertandingan Futsal Tertutup WARIS/ JMM 2011
Kejohanan
Futsal Tertutup WARIS/JMM 2011 telah diadakan pada 21 Mac 2011 bagi memupuk
semangat kesukanan dan mengeratkan silaturahim di kalangan warga JMM selaku ahli WARIS. Penyertaan adalah
secara berpasukan mengikut penetapan pasukan yang ditetapkan oleh penganjur. Sebanyak
8 pasukan telah terlibat menjayakan kejohanan ini. Kejohanan ini
dipertandingkan mengikut undang-undang Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)
dan juga persatuan Bola sepak Malaysia (FAM). Ternyata pertandingan ini telah
berjaya mencungkil bakat baru dikalangan warga JMM. Semangat kesukanan yang
tinggi telah ditunjukkan sepanjang berlangsungnya pertandingan ini.
XPDC Chamah-Ulu Sepat
Program EKspedisi
Gunung Chamah-Gunung Ulu Sepat yang diadakan pada 31 Januari hingga 6 Februari
2011 merupakan kesinambungan daripada program mendaki anjuran WARIS. Pendakian
yang bersifat ekstrem dan tahap kesukaran yang tinggi ini amat mencabar fizikal
dan mental para peserta. Bagi memastikan kelancaran xpdc ini peserta adalah
dipilih dikalangan ahli WARIS yang telah melengkapkan pendakian gunung
yang tertinggi di semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan, Gunung Yong Belar,
Gunung Gayong, Gunung Korbu dan Gunung Yong Yap. XPDC lasak ini bertujuan untuk
meningkatkan jati diri dan motivasi di samping memupuk semangat setiakawan.
Seramai 9 peserta telah terlibat dalam xpdc ini. Ternyata xpdc lasak sebegini
telah memberikan satu suntikan semangat serta ketahanan diri yang tinggi kepada
para peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)