- Untuk merapatkan hubungan muhibah, menyatupadukan ahli WARIS serta menggalakkan dan melibatkan ahli WARIS dalam aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;
- Untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli WARIS menerusi program kemajuan diri;
- Untuk menganjurkan program memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti amal kebajikan dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan pihak berkenaan;
- Untuk mengadakan program bagi mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan/kelab berdaftar yang lain demi memupuk semangat persefahaman.