4.07.2012
Kursus Fotografi Kreatif Siri 2 (Artifact/Product Shoot)
Kursus
Fotografi Kreatif Siri 2 ialah kesinambungan dari kursus siri 1 yang telah
diadakan pada Julai 2010. Walaubagaimanapun kursus fotografi pada siri 2 ini
lebih menjurus kepada “Artifak/Produk Shoot” yang meliputi tajuk-tajuk berikut:
• Pengendalian DSLR
dan Lensa
• Pemahaman kepada
aksesori DSLR
• Kemahiran exposure
& mengfokus
• Depth of field
& bokeh
• Panning dan motion
blur
• Komposisi untuk
foto kreatif
• Teknik asas flash
dan cahaya
• Tatacara asas
pengendalian artifak
• Teknik Asas
mengambil foto artifak / produk
• Teknik mereka studio
ringkas (DIY)
Penyertaan
keseluruhan kursus pada kali ini adalah seramai 23 orang peserta yang terdiri
dari 15 peserta dari Jabatan Muzium Malaysia dan 8 orang peserta dari Muzium
Negeri dan IPT.Pihak urusetia telah mendapat maklum balas yang baik dari
peserta bagi kursus kali ini kerana separuh dari peserta yang hadir pada kali
ini kurang mempunyai pengetahuan asas berkaitan fotografi. Banyak persoalan dan
pemasalahan telah dapat dirungkai dan dijawab dengan jelas oleh penceramah
iaitu En. Mahazam Zainal.
Pertandingan Memancing “JOM NGAIL” 2011
Pertandingan
memancing ‘JOM NGAIL’ telah diadakan pada 18 Disember 2011 bertempat di Kolam
Sea Lion Pelabuhan Kelang. Aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti penutup bagi
tahun 2011. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan ahli
WARIS dan keluarga. Pertandingan ini juga turut menarik minat YBhg Dato’
Ibrahim Bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia untuk bersama
menyertainya.
Latihan Kompang
Latihan kompang telah
bermula sepanjang tahun 2011 iaitu setiap hari Selasa dan Khamis dari jam
1.00ptg – 2.00 petang bertempat di dataran Muzium Negara. Program ini telah
berjaya mewujudkan kumpulan kompang Jabatan dan jumlah ahli adalah seramai 20
orang.
Kelas Gamelan
Latihan ini telah
berlangsung selama 6 bulan iaitu bermula pada 1 Mac-31 Ogos 2011 dimana tenaga
pengajar telah disediakan oleh pihak JKKN di bawah program Bimbingan Seni
Budaya. Program ini telah mendapat sambutan daripada warga JMM dan telah
berjaya mewujudkan kumpulan
gamelan Jabatan dan membuat persembahan diperingkat Jabatan. Jumlah ahli
gamelan adalah seramai 16 orang.
Majlis Korban dan Akikah 2011
Dari segi bahasa,
Qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari
sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada
masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu
wata‘ala. Majlis ini diadakan pada 8 November 2011 (Selasa)
bertempat di Perkarangan Pusat Konservasi dan Auditorium JMM. Anjuran ini
adalah anjuran JMM dengan kerjasama WARIS. Majlis ini dimulakan dengan sembelihan Qurban dan aktiviti
gotong-royong melapah dan membahagikan daging korban kepada staf dan pekerja. Sebahagian
daging Qurban dan Akikah telah dimasak untuk dimakan beramai-ramai oleh staf
dan pekerja. Tidak dilupakan di dalam majlis ini anak-anak yatim turut
diraikan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim Ismail, Ketua
Pengarah JMM.
Pertandingan Bowling Silaturahim 2011
Pertandingan
Bowling Silaturahim telah diadakan pada 3 Disember 2011 bertempat di Megalane,
Endah Parade, Sri Petaling. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warga
JMM. Kategori adalah secara berkumpulan seramai 4 orang (2 lelaki & 2
perempuan) dimana setiap kumpulan mesti diketuai oleh seorang pegawai kanan.
Pemilihan setiap ahli kumpulan berdasarkan undian yang telah dibuat sebelum
tarikh pertandingan. Sebanyak 10 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang
melibatkan seramai 40 orang peserta. Pertandingan ini telah berjaya merapatkan
silaturahim dikalangan warga JMM dan mencungkil bakat para pemain.
Subscribe to:
Posts (Atom)